Monday, 8 June 2020

Semua dalam satu cerita =)

Hi gaiss, long time no see. 

Dah lama tak mengarang kt blog ni. berhabuk jugak la blog ni. aku rasa tak ada orang baca kot. so tak kisah sangat. hahaha. how you gais doin? i'm good. habis je Uni life aku tahun lepas bermulalah aku menjadi seorang yang haruslah bekerjaya. habis je diploma dulu aku sempat la mengangur kejap dalam beberapa minggu lepas tu aku dapat kerja kt kawasan rumah aku tu je jadi sales person kat satu kedai langsir. tapi kedai ni lain sikit la sebab ada jual home machinery jugak. banyak jugak yang aku belajar kat sana. skills, trust, motivate and else. orang yang kau rasa baik bertukar menjadi orang yang paling worse yang kau pernah jumpa. yee aku dah resign dari situ. kerjanya okay aku suka tapi management dengan work environment kat situ teruk jugak la. harap dorang dapat la berubah menjadi yang lebih baik untuk berjaya suatu hari nanti. 

For me, it's okay aku berserah sahaja kepada tuhan semoga ada yang lebih baik untuk aku. aku tolong parents aku kat rumah ni sepanjang sesi tanam anggur aku. lagi2 time pkp. duduk je lah kat rumah nak buat apa lagi.. hahaha. tapikan sebaik masa sebelum resign ritu aku ada gak duit saving nak beli lauk pesuma untuk family aku. and then Alhamdulillah akak dan abang aku dapat kerja masa pkp ni dapat la dorang tolong parents aku bayar apa2. lega sikit la. aku ni jenis yang kuat stress bila overthinking. mana taknya overthinking, semua hal dalam rumah ni aku yang amik tahu, bil letrik, bil air, roadtax kereta, insurans, dan macam2 lagi. sibling yang lain tak amik tahu sangat. sebabnya aku yang kumpul duit dari dorang and bayar semua tu. cukup atau tak dorang tak tahu. tu yang penat tu. bukannya tak nak bagi tahu tapi dorang tak nak ambil tahu. yela aku faham dorang pun nak guna duit tu nak beli rumah buat asset, nak beli barang2 dorang. self reward la katakan. 

Mungkin ada rezeki yang lain untuk aku. Alhamdulillah, minggu lepas aku dapat berita yang aku diterima bekerja sebagai Halal Executive di satu company di Kajang. tak sangka doa dimakbulkan. Alhamdulillah untuk rezeki ini. giliran aku untuk berbakti kepada family lagi. tak sangka dapat kerja masa pkp ni. yelah tiap2 hari aku tengok berita kat twitter orang kata ramai kena buang kerja ramai yang jadi penggangur. aku doakan semoga mereka yang sedang mencari kerja dapat kerja yang baik untuk dorang. Aminnnnn.. apa yang aku harapkan adalah semoga kerja yang baru ni dapat member nafas baru kepada aku. mencari penglaman baru dan skills yang baru. semoga aku mampu memikul segala tanggungjawab yang diberikan. 

Gais, doakan semoganya dipermudahkan. semoga ekonomi Malaysia pulih menjadi yang lebih baik dan ramai orang diterima bekerja. Aminnn.. 

No comments:

Post a Comment