Tuesday, 15 September 2020

Salahkan?

 Haluuuu!

Kembali lagi kita dalam dah bodoh ke belum?

Dalam blog kali ni aku nak cerita ape yang jadi dekat aku sepanjang bulan 8 dan 9 2020 ni. macam yang kita semua tahu hari tu aku dapat job jadi halal executive masa bulan 6. struggle aku nak pegang position tu susah jugak la. mana taknya position tu baru tau dalam company tu lepas tu pulak dorang sendiri pun not sure apa yang position tu boleh buat. Lepas tu aku kena diberhentikan kerja masa bulan 8. yang kelakarnya dalam surat tulis 25/8 tapi dia bagi surat tu 24/8 then suruh aku balik. aku tak tahu la nak rasa apa time tu marah ada sedih ada terkejut pun ada. 

Dalam surat tu tulis performance aku tak memuaskan and bila aku tanya dekat HR, HR kata dia tak pasti and kena tanya MD. Aku dengan tak puas hatinya pergi la dekat MD tanya apa yang x memuaskan. Dia boleh pulak cakap pasal kes kak tipah. kau tahu tak kak tipah tu berhenti kerja sbb MD tu sendiri mungkir janji dengan dia. aku tahu tu pun lepas pakcik guard tu bagi tahu aku. pastu apa kena mengena ngn aku? entah lah lepas tu dia cakap sebab aku duduk lama2 dalam surau. WTH aku solat kot kat dalam tu. yela kalau dh ckp company cina xtahu pasal solat kita camne. waktu solat camne. hm payah ah. Aku biasa amik masa dalam 20 minit yela nak bukak tudung lagi, buang make up lagi, amik wuduk lagi, solat, doa, tepek cushion lagi, pakai tudung lagi tu jela. Dia boleh cakap yang disebabkan aku duduk lama dalam surau dorang kena letak notice berapa lama boleh solat. katanya selama ni dorang percayakan staff padahal mmg x percayakan staff and dorang mmg x jaga staff dia. tapi kan kalau la memang tu semua salah aku, kenapa tak pernah tegur? atleast bagi warning letter ke? so aku aware salah aku. ni tak tetiba terminate terus. 

Tak adil bagi aku sebab ada sorang staff tu pun dalam probationary period and dah 6 bulan x confirm2. cara dorang nak pecat orang tu dengan bagi 1st and 2nd warning letter pastu baru pecat selepas aku kena pecat. kenapa untuk aku xbole bagi warning letter dulu? mengapa ya? aku malas nak argue benda ni kalau aku sebut2 benda ni and then benda akan jadi lebih teruk. kalau dorang x jadi buang aku pun, adakah aku happy? no ofkos. and then tetiba ckp yang dorang tunggu halal x dapat2 lagi and big boss xbole nak tunggu and nak hire halal consultant luar. padahal aku dah bagi tahu dorang punca dorang x dpt nk apply halal tu lagi and semua prob tu aku keep update ngn QC manager. aku siap tanya lagi ape action dorang terhadap supplier tu and banyak lagi la. tapi in the end of the day, aku jugak yang dipersalahkan. hm. yang sebenarnya dorang mmg nak buang aku. tu je. alasan tetap alasan. 

But nevermind, nak tak nak kena la move on kan. Baru2 ni aku ada pergi satu interview big company dekat KL. Masa iv tu everything mcm okay pada mulanya and bila dah masuk work experience aku, dorang mempertikaikan termination aku tu, dorang cakap mesti sebab disiplin or anything. aku cam aku dah cakap dah kenapa ape semua tapi dorang still tak nak percaya. and maybe salah aku jugak sbb x susun ayat kan. well mana la aku expect nak tanya soalan yang diluar kotak. dah la very detail dorang tanya. agak kecewa dan sedih sebab dengan apa yang keluar dari mulut dorang. yela cara dorang cakap tu macam nak cakap yang aku ni punca, bermasalah. apela nasib aku ada kerja kena buang, pastu kena tuduh macam tu. dah lah jauh jugak aku pergi dengan harapan yang baru tapi nasib tak berpihak kepada aku kali ni. Sokay la aku kena kuat jugakkan.

Nak tak nak aku kena la bagi semangat sendiri kat aku. kekadang aku tak tahu apa yang aku patut buat. apa passion aku? bakat yang aku ada? cita2 aku? semuanya messed up. Yang aku tahu sekarang ni, aku nak hidup aku stabil dapat bayar semua hutang2 parents aku, tolong family aku. tak nak tengok dorang gaduh sebab duit and so on. Salah ke aku nak ada goal yang macam ni?