Tuesday, 15 September 2020

Salahkan?

 Haluuuu!

Kembali lagi kita dalam dah bodoh ke belum?

Dalam blog kali ni aku nak cerita ape yang jadi dekat aku sepanjang bulan 8 dan 9 2020 ni. macam yang kita semua tahu hari tu aku dapat job jadi halal executive masa bulan 6. struggle aku nak pegang position tu susah jugak la. mana taknya position tu baru tau dalam company tu lepas tu pulak dorang sendiri pun not sure apa yang position tu boleh buat. Lepas tu aku kena diberhentikan kerja masa bulan 8. yang kelakarnya dalam surat tulis 25/8 tapi dia bagi surat tu 24/8 then suruh aku balik. aku tak tahu la nak rasa apa time tu marah ada sedih ada terkejut pun ada. 

Dalam surat tu tulis performance aku tak memuaskan and bila aku tanya dekat HR, HR kata dia tak pasti and kena tanya MD. Aku dengan tak puas hatinya pergi la dekat MD tanya apa yang x memuaskan. Dia boleh pulak cakap pasal kes kak tipah. kau tahu tak kak tipah tu berhenti kerja sbb MD tu sendiri mungkir janji dengan dia. aku tahu tu pun lepas pakcik guard tu bagi tahu aku. pastu apa kena mengena ngn aku? entah lah lepas tu dia cakap sebab aku duduk lama2 dalam surau. WTH aku solat kot kat dalam tu. yela kalau dh ckp company cina xtahu pasal solat kita camne. waktu solat camne. hm payah ah. Aku biasa amik masa dalam 20 minit yela nak bukak tudung lagi, buang make up lagi, amik wuduk lagi, solat, doa, tepek cushion lagi, pakai tudung lagi tu jela. Dia boleh cakap yang disebabkan aku duduk lama dalam surau dorang kena letak notice berapa lama boleh solat. katanya selama ni dorang percayakan staff padahal mmg x percayakan staff and dorang mmg x jaga staff dia. tapi kan kalau la memang tu semua salah aku, kenapa tak pernah tegur? atleast bagi warning letter ke? so aku aware salah aku. ni tak tetiba terminate terus. 

Tak adil bagi aku sebab ada sorang staff tu pun dalam probationary period and dah 6 bulan x confirm2. cara dorang nak pecat orang tu dengan bagi 1st and 2nd warning letter pastu baru pecat selepas aku kena pecat. kenapa untuk aku xbole bagi warning letter dulu? mengapa ya? aku malas nak argue benda ni kalau aku sebut2 benda ni and then benda akan jadi lebih teruk. kalau dorang x jadi buang aku pun, adakah aku happy? no ofkos. and then tetiba ckp yang dorang tunggu halal x dapat2 lagi and big boss xbole nak tunggu and nak hire halal consultant luar. padahal aku dah bagi tahu dorang punca dorang x dpt nk apply halal tu lagi and semua prob tu aku keep update ngn QC manager. aku siap tanya lagi ape action dorang terhadap supplier tu and banyak lagi la. tapi in the end of the day, aku jugak yang dipersalahkan. hm. yang sebenarnya dorang mmg nak buang aku. tu je. alasan tetap alasan. 

But nevermind, nak tak nak kena la move on kan. Baru2 ni aku ada pergi satu interview big company dekat KL. Masa iv tu everything mcm okay pada mulanya and bila dah masuk work experience aku, dorang mempertikaikan termination aku tu, dorang cakap mesti sebab disiplin or anything. aku cam aku dah cakap dah kenapa ape semua tapi dorang still tak nak percaya. and maybe salah aku jugak sbb x susun ayat kan. well mana la aku expect nak tanya soalan yang diluar kotak. dah la very detail dorang tanya. agak kecewa dan sedih sebab dengan apa yang keluar dari mulut dorang. yela cara dorang cakap tu macam nak cakap yang aku ni punca, bermasalah. apela nasib aku ada kerja kena buang, pastu kena tuduh macam tu. dah lah jauh jugak aku pergi dengan harapan yang baru tapi nasib tak berpihak kepada aku kali ni. Sokay la aku kena kuat jugakkan.

Nak tak nak aku kena la bagi semangat sendiri kat aku. kekadang aku tak tahu apa yang aku patut buat. apa passion aku? bakat yang aku ada? cita2 aku? semuanya messed up. Yang aku tahu sekarang ni, aku nak hidup aku stabil dapat bayar semua hutang2 parents aku, tolong family aku. tak nak tengok dorang gaduh sebab duit and so on. Salah ke aku nak ada goal yang macam ni? 

Monday, 8 June 2020

Semua dalam satu cerita =)

Hi gaiss, long time no see. 

Dah lama tak mengarang kt blog ni. berhabuk jugak la blog ni. aku rasa tak ada orang baca kot. so tak kisah sangat. hahaha. how you gais doin? i'm good. habis je Uni life aku tahun lepas bermulalah aku menjadi seorang yang haruslah bekerjaya. habis je diploma dulu aku sempat la mengangur kejap dalam beberapa minggu lepas tu aku dapat kerja kt kawasan rumah aku tu je jadi sales person kat satu kedai langsir. tapi kedai ni lain sikit la sebab ada jual home machinery jugak. banyak jugak yang aku belajar kat sana. skills, trust, motivate and else. orang yang kau rasa baik bertukar menjadi orang yang paling worse yang kau pernah jumpa. yee aku dah resign dari situ. kerjanya okay aku suka tapi management dengan work environment kat situ teruk jugak la. harap dorang dapat la berubah menjadi yang lebih baik untuk berjaya suatu hari nanti. 

For me, it's okay aku berserah sahaja kepada tuhan semoga ada yang lebih baik untuk aku. aku tolong parents aku kat rumah ni sepanjang sesi tanam anggur aku. lagi2 time pkp. duduk je lah kat rumah nak buat apa lagi.. hahaha. tapikan sebaik masa sebelum resign ritu aku ada gak duit saving nak beli lauk pesuma untuk family aku. and then Alhamdulillah akak dan abang aku dapat kerja masa pkp ni dapat la dorang tolong parents aku bayar apa2. lega sikit la. aku ni jenis yang kuat stress bila overthinking. mana taknya overthinking, semua hal dalam rumah ni aku yang amik tahu, bil letrik, bil air, roadtax kereta, insurans, dan macam2 lagi. sibling yang lain tak amik tahu sangat. sebabnya aku yang kumpul duit dari dorang and bayar semua tu. cukup atau tak dorang tak tahu. tu yang penat tu. bukannya tak nak bagi tahu tapi dorang tak nak ambil tahu. yela aku faham dorang pun nak guna duit tu nak beli rumah buat asset, nak beli barang2 dorang. self reward la katakan. 

Mungkin ada rezeki yang lain untuk aku. Alhamdulillah, minggu lepas aku dapat berita yang aku diterima bekerja sebagai Halal Executive di satu company di Kajang. tak sangka doa dimakbulkan. Alhamdulillah untuk rezeki ini. giliran aku untuk berbakti kepada family lagi. tak sangka dapat kerja masa pkp ni. yelah tiap2 hari aku tengok berita kat twitter orang kata ramai kena buang kerja ramai yang jadi penggangur. aku doakan semoga mereka yang sedang mencari kerja dapat kerja yang baik untuk dorang. Aminnnnn.. apa yang aku harapkan adalah semoga kerja yang baru ni dapat member nafas baru kepada aku. mencari penglaman baru dan skills yang baru. semoga aku mampu memikul segala tanggungjawab yang diberikan. 

Gais, doakan semoganya dipermudahkan. semoga ekonomi Malaysia pulih menjadi yang lebih baik dan ramai orang diterima bekerja. Aminnn.. 

Tuesday, 30 October 2018

Uni life

ada orang cakap life masa kat universiti la paling best,
ada orang cakap life masa kat matrik paling best,
ada jugak orang cakap life masa kat sekolah lagi best..

for me masa aku sekolah dulu biasa2 je life dia maybe sebab aku xdek kawan sangat kat sekolah dulu. bukan la xdek kawan tapi macam2 conflict ada time tu sampai la habis spm. aku ingat bila dah masuk diploma semua tu xdek dah.. first masa masuk tu okay la best sampai laa aku jumpa bf aku time tu.. hahahaha time tu baru rasa betul2 ada bf.. yela masa sekolah dulu sume cinta2 monyet je. now aku dapat rasakan yang cinta aku betul2 ikhlas utk bf aku dan aku harap cinta kami berkekalan hingga ke jannah. btw life kat uni. ni mencabar jugak la. mana taknya kau kena hadap everything sensorang kau kuat ke x kuat ke haaa amikkk tahan la kau kat situ... kalau ada kawan pown kawan xdek la membantu sangat everything depends on yourself.

makin naik semester makin busy aku rasa. sekarang aku dah sem 4. awal2 sem ritu dah dapat banyak assignment yang nak kena submit secepat mungkin.. contohnya, ENT300 ritu.. perghhhh 1st week dah dapat study case guideline and kena submit week 3.. lol... after that dapat lagi banyak assignment yang lain.. last week lagi la mencabar hidup aku kat sini.. mana taknya aku ada test belambak time week tu.. sebaik laaa aku dapat manage semuanyaa.. Alhamdulillah Allah ada sentiasa dengan aku walaupun banyak benda yang aku buat bertentangan dengan suruhan dia.. rasa berdosa jugakk.. In Sya Allah aku akan terus istiqamah untuk terus bertaubat..

Macam mana aku manage semua ni ? well, for test you need to do a note for your subject to ensure all the things go smoothly. second, maybe you need your friends help. then you need to motivate yourself.. kalau rasa nak nanges, nanges laa.. macam aku kalau aku rasa nak nanges, aku nanges jee.. benda ni semua bergantung kepada kekuatan masing2..

okayyy itu je kot aku nak cite.. babai

Monday, 29 October 2018

So, I can handle it or not ?

Today i got a serious problem regarding to my friend and my boyfriend.
sepatutnya macam ni kitaorang hari ni ada group discussion.
so my boyfriend have a fever and i understand it but what can i do if he cannot punctual to our group discussion. tapi dia senanya larat je nak pegi mana2 sbb demamnya nak elok dah.. pegi PI boleh kenapaa bolehh lambat datang group discussion. yang si member ni buat aku stress lak sebab membebel kat aku.. aku tahu dia jenis yang punctual jugak la and aku tahu tu bf aku but kenapa letak semua beban ni kat aku ???????????!!!!!! aku koyak jugak la bila semua benda nk letak kat aku semua nak marah kat aku.. haaa nak marah sangat marah laaa.. ape je aku boleh buat.. yess aku xbole nk buat pape pown.. aku sakit hati and sedih gak la aku boleh buat ape doe ?! 

tapikan xbole ke nk tolerate sikit ? second thing is kitaorang tanye je kan kenapa umur 14-17 ? kenapa nak koyak ? tahu laa ade je yang masuk u awal and x semestinya umur 18 but you know the probability budak umur 17 masuk u tuuuu agak jarang.. aduiiii -_- bila cakap mcm tu dia koyak pulakk pastu bla and x layan aku.. okey fine.. tapi aku xbole nk handle gak ahh feeling aku kena macam ni.. dah ah time period ape je aku boleh buat. memang nanges ah cite dia.. dan dan masa aku nanges kat tangga tadi bf aku duduk lepak kat tangga jugakk.. hahahahaha aku nampak je dia tapi dia x perasan aku kat situ.. maybe dia perasan but maybe dia x cam sebabnya dia tanya aku aku kat mana but aku jawab aku kat dalam rumah sebab aku xnk dia tahu yang aku nanges.. dulu maybe kalau aku nanges aku nak dia ade teman aku tapi skrg aku mcm nak masa bersendirian i need my privacy to cry.. bila aku nanges aku akan dapat semangat baru and solution how to handle the problem. 

korang rasa macam mana aku akan handle ? agak2 esok member aku tu tegur aku ke x ? agak2 aku ngn bf aku boleh mcm biasa ke  x? hmm.. aku harap aku kuat ah nak handle semua ni.. dengan period lagi akuu x boleh doe nak kawal emosi aku.. sakit hati, geram, sedih, confius semua ada doe ! please doakan aku yang xbole nak kawal diri ni.. 

Friday, 16 February 2018

Hati & Perasaan

Well, aku ada sorang boyfriend. cehh mesti la sorang mana ada dua orang melainkan aku curang.. kahkahkah.. So, nak dipendekkan cerita boyfriend aku ni dia sayang aku, aku tahu dia sayang aku tapi cemana ea nak cakap, dia ni macam tak reti and tak faham perasaan aku. aku bukannya mintak bukan2 or demand nk benda yang mahal2. aku just nak dia ada dengan aku je. aku tahu dia ade life dia sendiri.. aku pown ada life aku sendiri.. aku bukan mintak dia ade ngn aku 24 Hours pown. balik kerja tu lepas dah makan mandi pesuma tak boleh ke call aku ? you know what, aku tunggu dia sepanjang hari and then dia balik kul 11 okey lepas buat apa2 yang patut then dlm kul 2 mcm tu dia cakap kat aku "saya nak awak tapi saya ngantuk".. aku faham dia mengantuk dia penat..tapi tak boleh ke jaga perasaan aku sikit ? call kejap cakap "hai sayang" pown dah buat aku happy. tak mintak pown untuk dia dengar masalah aku or tanya dh makan ke belum.. tak mintak pown.. kalau penat sangat kenapa tak pukul 12 tu dah tido dah ? kenapa baru pukul 2 baru nak tido ? ouh tengok tv main insta twitter tu pesuma sempat pulak.. good bagus sangat.. dah berjaya sakitkan hati orang -_-

Sunday, 20 November 2016

Get Well Soon Kesayangan


Hai korang.. aku faham perasaan korang sekarang.. aku tahu korang tengah down.. tapi aku harap korang kuat tabah dan sabar hadapi ujian yang Allah tgh bgi skrg..
to bell, sepatutnya kau pegi poli rini kan.. tapi kita tak tahu semua benda ni nak jadi.. kita pown x mintak.. kita anggap je Allah nak bagi kau duduk lama lagi kt sini.. spent time ngn zaty n family.. cari duit tuk kau sambung bljr nnt.. yela xkn nk harapkan duit ptptn je kan ? =)

to zaty, dh lah tgh final exam kau lak mcm ni.. kesian kau ty.. tapi kau kuat tau ty, maybe sbb aku ade ngn kau.. HAHAHA.. xpelaa exam kau tu kalau failed boleh repeat.. maybe result paper repeat kau tu gempak an.. aku doakan je =)

korang papehal pown.. muka korang tu akan okay balik nnt.. mana ade org yg excident muka still cantek berseri2.. biasalaa wajah tgh sakit.. hmm time ni la kita nk tgk sape yg still nk kt kita.. betul x? pape pown aku harap korang akan teruskan hidup and jadi lebih semangat lepas ni.. tau tau tau..

Aku dh nak pergi dh ni.. aku risau gak, lepas ni sape nk jaga korang sape nk sapukan ubat tuk korang.. aku jadi sebesalah nk pegi.. aku janji nanti setiap bulan aku akan balik tgk korang.. sumpah sebak weyh.. pahang, jauh kot.. hmm.. aku harap aku x dek ni korang ok la.. belajar lelok ea keje lelok ok.. jaga diri.. aku syg korang..

Monday, 23 May 2016

UPU REJECT

Assalamualaikum.. hai semuaaa.. HAHAHA poyo je..
so siapa dapat tawaran sambung bljr ? Taniah leerr
bagi sesiapa yang x dapat, kita senasib.. HAHAHHAA
nampak macam aku x sedih kan well kau x thu betapa lebamnya mata aku selepas upu result keluar.. kahkahkah.. time tu perasaan aku bercampur bauk.. hmm hmm.. tapi sekejap je la lepas dua hari aku okay balik.. syukur alhamdulillah aku dapat fikir positive skrg ni. time aku nangis ritu aku ada termenung jugak fikir dalam2.. aku rasa mcm something.. something yang Allah nk bagi thu aku.. selang lepas tu keluarga aku menghadapi masalah kewangan .. yeah time ni aku dh bersyukur dh.. aku dh bole fikir postive. yelah cuba bayangkan kalau aku dapat sambung bljr time2 camni mesti jadi huru hara.. dengan yurannya, duit nk beli barang2 utk persediaan, medical check up. haaaa aku kira2 ada la jugak dalam 2000+ lebih.. kau rasa ==' mana nk dpt duit oii.. kang org lain sume happy2 nk masuk U, aku jadi rasa sebesalah plak nanti >.< Alhamdulillah sekarang dah semakin stabil.. kita cuba untuk pulihkan balik kewangan kita. betul kata org kalau kita fikir positive atas semua perkara yang berlaku dalam hidup kita, In Sya Allah Allah juga permudahkan urusan kita nanti.. So geng2 yang kena reject jangan la putus asa kita masih ada lagi peluang, peluang yg terbentang luas.. huhuhu jangan lupa ea apply rayuan upu 26hb ni.. kalau x dapat jugak xpe, kita cuba apply direct ngn U yang kita nak macam UITM.. UITM kan ade second intake ke third intake tah... hoho.. Jangan give up okay.. Berusahalah ya ! sama2 kita doakan yang terbaik buat semua =)